SIKAMAT, SEREMBAN, 9 Mei 2026 – Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan Negeri Sembilan (PVRSDNS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 di Dewan Perdana KRS, Warisan Puteri, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Mej Muhammad Zarifi bin Hj Tumin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Kol Mohd Akram bin Mohd Akbar (B), Presiden PVRSD dan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yusof bin Sudin, Penaung PVRSDNS.
Turut hadir ialah Pengerusi PVRSD Cawangan Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan serta Timbalan Pengerusi PVRSD Cawangan Terengganu.
Penganjuran mesyuarat agung tahunan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hala tuju persatuan, memantapkan pengurusan organisasi serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan ahli.
PVRSDNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan 1 SSB atas kerjasama, bantuan peralatan dan penglibatan anggota pasukan dalam menjayakan majlis ini.
Semoga semangat perpaduan dan setiakawan yang terjalin terus utuh demi kemajuan persatuan serta kesejahteraan warga veteran Rejimen Semboyan Diraja.
Bersatu dalam perjuangan, teguh dalam persaudaraan.
PANTAS DAN PASTI



















May 9th, 2026
PVRSDCNS
Posted in














